Thursday 4 May 2017

Ko Biar Betul? Bercuti Di Grand Lexis Port Dickson?

Ni Entry Lama... hari ni baru dapat post. Ahaks! 
 
Bercuti ke Grand Lexis? Biar betul ni!
Kami jarang sekali pergi bercuti, kalau merancang asyik tak jadi. Biasanya kalau ada cuti panjang pun destinasi kami cuma balik kampung menjenguk orang tua.




Masa En Suami ajak pergi Grand lexis ni rasa tak percaya pun ada. Sebab bukan taraf kita rasanya nak pergi ke tempat macam tu. Tapi bila dah berkali-kali dia mengajak,
rezeki jangan ditolak kan?
 

 Masa nak book hotel ni yang Ija tahu cari dekat booking.com je sebab sebelum ni pernah survey harga boleh dapat murah daripada book direct dengan Hotel tu. Masa kami book tu bilik yang ada utk check in 24 Jan 2016 tinggal Executive Pool Villa je dengan harga RM814.76 satu malam. 😱  Hambekk ko... Betul ke tak betul ni? Huhuu...
"Alah belum seribu lagi" kata Cik Hubby, amboi amboi...
Huhh... Nanti lepas bercuti, nangis makan nasi lemak singgit sampai hari gaji! Kah Kah Kah... 
Kalau gini punya harga pun dia tak kesah... Ini memang betul-betul nak pergi ni!! Takpe lah, sekali sekala dia nak reward diri, samada dia memang tengah serabut, ataupun dia memang nak rilek kali ni.... yang penting family boleh tumpang sekaki... Hihihiii... 😜😍😍




Ini la rupa bilik Executive Pool Villa tu... Cantiknya bilik ni... Tak pernah kita tidur bilik cantik macam ni tau!  😍


Nak citer banyak dah tak berapa ingat. So, biarlah gambar yang berbicara.


Ini bahagian pantry. nak kata kitchen tak ada dapur pun. Hihii..

Ini Toilet dengan Bilik Mandi. Cermin tu... Haii...
Boleh bawak balik gantung dalam bilik kat rumah tak?

Ini la kolam mandi private yang diidam-idamkan sangat tu...

Adam kata katak ni bergerak kekanan sikit masa malam-malam lepas dia mandi tu. Wuuu...
Cik abang tengah register.

Si kakak ni memang ada je benda yang dia nak usik.

Benda ni pun boleh.

Ini la bilik kami... Yeayy! Jom masuk!



Untuk Pengetahuan anda...
gambar ini diambil dengan kamera handphone Ninetology X1 je...  


Angah nak komen apa tu....

Si adik ni... memang sangat behave sepanjang kami disini.
Tido ajee kejenye...

Ini la Glass panel for underneath sea viewing tu.
Boleh tengok bawah.
Bilik ni atas air laut tau!

Ok jangan risau nak iron baju dengan tudung masa nak balik esok!

OK, this is the first thing yang i pikir bila sampai kat sini.
Nak simpan EBM just in case kalau berlaku bengkak susu.

Tengok sikit apa kat dalam. Ini kalau ambik, nanti kena charge tau!

Ok, besok pagi boleh bancuh nescafe dengan teh. No worries! Gula creamer cukup!

Toiletries sume lengkap. Berus gigi , ubat gigi, shaver pun ada u!

Towel dia bagi 2 helai putih. 2 helai lagi extra color hijau.

Cantiknya lahai cermin ni... Sini la si kecik tu mandi... ala2 bath tub gitu!
hair dryer pun ada tu.
   

OK beraksi dalam kolam pulak!

Bestt!

Btw pelampung besar dan tu keras. Untuk dewasa sesuai.
Untuk kanak-kanak sila beli pelampung kat luar.

Sejukkk!!  


Ini dah habis mandi dah. Dah menggigil, dah ketaq, dah kecutt!
Angah pun dah pakai baju tido dah...

Suka dorang tengok air berombak kat bawah tu.   

 Actually, malam nye kami tak keluar pun sebab hujan.
Just memerap dalam bilik tengok Anugerah Juara lagu. 

Suka tengok Faizal Tahir punya performance lagu  Assalamualaikum.
Dinner kami , ayah pegi beli KFC je kat luar. Malam tu anak-anak sume tido awal, mungkin letih sangat sebab mandi kolam lama kot. Ahaaa...


 
Ini dah keesokan paginya.
Si abang tengah aim bila boleh mandi ni.

Haaa... dia la orang pertama masuk kolam pagi esok nya tu.

Ini dah nak balik.

Post untuk kali terakhir dekat glass panel.
Lepas ni tak tau sampai sini lagi ke dak dah!
  




Actually kitorang ada ambik gambar kat luar masa dah nak balik ni... Ingatkan tak jadi apa-apa, mana tahu bape bulan lepas tu handphone kena format sebab problem, habis gambar hilang macam tu je.
Sedihhh makk! 


gambar ni i amik kat web. hihii..


 


Dapat la pose depan pintu bilik.
Ini pun mintak tolong staff bawak kete buggy tu amikkan gambar. 

Uuu.... chubby nye mak! Masa ni si kecik tu baru 4bulan.
Aarr, kembang nya! 


Gambar yang ada ni la yang dapat diselamatkan. Ini pun sebab dalam handphone Ija, gambar dalam handphone sume habis lenyap dah weii... Sabor je laaa! 

Pengalaman berada disini memang best, seronok dan tak terkata. Terima kasih pada En Suami... Sehari memang tak puas ada kat sini.
Mau nak 3,4 hari baru jemu kot! hahaa... 


Dalam hati kata, satu hari nanti kalau ada rezeki lebih lagi, kami nak datang sini lagi. 

InsyaAllah.....





Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like FB Page saya : MIAZACollections
Jemput follow Instagram saya : bajumuslimah_murah