Monday 29 December 2014

Melawat Muzium Diraja

Assalamualaikum....

Sebenarnya entry ni dah lama.. tapi tak post-post pun. Tapi hati ni nak share jugak story pergi Muzium Diraja ni... Hihiii... Dah ada niat nak pergi masa awal-awal pembukaan hari tu. Tapi tak jadi-jadi... mungkin belum betul-betul nak kesana kot. Istana Negara ni dijadikan muzium selepas Istana Baru siap dibina di Jalan Duta. So, kebetulan Mak Mertua ada dekat sini sebab tolong jaga Zara. Pengasuh Zara balik kampung jaga ayah nya sakit. Dekat sebulan dah My Mil duduk dengan kami. Bila dah seminggu Mak memerap kat rumah je, hujung minggu kalau En Hubby takde OT kami akan bawak mak keluar. Ye laa boring ngko... Asyik memerap kat rumah je. Sabtu tu tak tahu nak pergi mana, then terpacul kat mulut ni, jom pergi bawak mak pergi Istana lah... Hubby pun ok je.. Jom layan gambar-gambar disana. 


Kami sampai dalam pukul 3 petang macam tu, tengok macam tak ramai orang.  Muzium ni dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari.

Pemandangan nak ke Pintu Masuk Utama. Jalan ni berbukit tau.
Tiket masuk ke Istana ni dewasa RM5, Kanak-kanak 12tahun kebawah RM2, Warga Emas RM3 dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun PERCUMA.
Jadi jumlah tiket semuanya RM15 je... :-)

Lepas masuk pagar Istana tu ada kaunter tiket. Lepas beli tiket, kita kena berjalan sikitlah dalam 5 minit macam tu la... Jalan ni kena daki bukit tau. Sini ada perkhidmatan kereta buggy. Jadi siapa yang taknak ataupun tak larat nak jalan kaki tu boleh naik ni. Tapi kena bayar. Tak pasti pulak bayaran nya berapa. Tapi kami decide jalan je lah, My MIL pun kata jalan je. Tak jauh sangat pun. 

Bila sampai je di pintu masuk utama, pelawat kena buka kasut dan letakkan di rak kasut yang disediakan. Kemudian kamera tidak dibenarkan. Alamak... kenapa tak boleh ambik gambar pulak? Ishh ruginye... Agak ralat juga disitu, tapi takpelah, kita rakam jelah pemandangan dalam istana ni dan simpan dalam memori otak kita ni. Hihii...

Apa yang kami dapat lihat adalah kamar tidur yang besar, ruang makan yang elegan, bilik bacaan yang rak bukunya bertingkat-tingkat sampai kena naik tangga kalau nak amik buku tu. Bilik tetamu, bilik keluarga dan banyak lagi lah. Tapi sebenarnya kami hanya dibenarkan melihat dari luar sahaja bilik-bilik tersebut. Setiap bahagian bilik ni ada divider kayu paras pinggang yang menghalang pelawat dari masuk kedalam. Jadi kami hanya boleh tengok-tengok dari luar sahaja. 

Mungkin nak jaga barangan didalam nye kot. Takut ada yang rosak ke, pecah ke, nak lagi yang bawa anak-anak aktif macam kami ni kan... Karpet kat dalam ni memang lembut dan sejuk yang amat-amat sampai anak-anak ni dengan selambanya berguling-guling dekat hall yang luas tu... Riak muka diorang punya la seronok sampai Adam cakap , bestnya karpet ni.. lembutnya buu... Ye la nak oii.. umah kita mana la nak ada karpet macam ni. Takat karpet Ikea yang macam bulu kait tu ada laa.... Alahaii...

Bila sampai tingkat atas, kami dapat lihat kamar mandi yang gila cantik ngko! dah la luas, boleh tidur kot rasanye dalam tu... Huhuu...

Bestnye kalau dapat toilet kat rumah sendiri macam ni!!
Lepas dah habis jenguk ke seluruh kawasan, kami turun semula... hati rasa tak puas tak dapat bergambar dalam ni. Cik abang dah ajak keluar, tengok-tengok kawasan luar pulak. Bila kami dah pakai kasut semula, kami bergerak kebelakang, ohh rupa-rupanya ada Pameran Khas dekat blok lagi satu! Dan dekat situ baru dibenarkan bergambar... yeahh! kat sini pun kena buka kasut ok. 


Gambar-gambar ni diambil guna kamera handphone U9 X1. Hehe... Sebab tu quality gambar macam ni.. Takpe lah, janji ada gambar.. kan kan... 





Dan bila bergambar... ni la hasilnya... apa yang ko buat kat abang tu dikkk.... Humphhh!
Ni la balairong seri. Bila ada upacara rasmi.
adik... buat apa tu..
My MIL dengan Sultan Perak.



Apa laa posing macam nii....Huhuuu... Alahai anak-anakku...




dipintu masuk balairongseri.

dekat luar pagar ni ada tempat pengawal istana... penat berjalan kami beli aiskrim yang dijual diluar kawasan istana ni.baru je nak posiing kat dalam ni, adik buat drama pendek laa pulak... ye ye je tengok kamera. Adik kat bawah macam gitu haa... merajuk nak aiskrim jugak. Masalahnye nak pegang sendiri pulak tu. Adoii.. comot laa dik...

Overall... best juga laa... santai-santai dengan family sambil jamu mata tengok Istana. 

Yang tak tahan nye, anak-anak yang tengah aktif memang tak reti duduk diam. baru je kita nak baca penerangan dekat satu-satu tempat tu dah dia menghilang.. Adehh... penat main kejar-kejar.

Lepas habis melawat istana kami ke Wangsa Maju rumah kakak ipar, tengah lepak-lepak tiba-tiba En Hubby ajak semua kuar makan. Dalam pukul 8 lebih kami semua makan malam di Taman Melati. Port biasa masa kami bujang-bujang dulu... Huhuuu... 
Sementara menunggu makanan sampai,kami sembang-sembang macam biasa. Tiba-tiba boleh pulak En Hubby ni tanya pada kakaknya, haa.. jadi ke nak gi Melaka? Kata dapat bonus... Hihii.. Ayat pancing! Anak-anaknya pun dah senyum sengih masing-masing, jom la bu.. jom la... 
Bincang punya bincang semua pun setuju nak gi Melaka. Bila..? 
Melaka pulakk.... Tunggu next entry citer pasal Melaka ye.

Bye...
Jumpa lagi..! 


Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like page saya : http://facebook.com/miazcollection
Jemput follow instagram saya : http://instagram.com/bajumuslimah_murah