Thursday 13 February 2014

Status Terkini Kes Penahanan Suami Isteri Di Sweden, Negara Itu MEMANG MELAMPAU!

Assalamualaikum...

Walaupun kisah ni hampir sebulan berlalu , baru hari ni dapat baca dengan teliti kisah Ibubapa yg ditahan di Sweden kerana memukul anak tidak solat.
Rasa simpati dengan keluarga ini, dalam masa yang sama rasa hairan dan pelik dengan undang-undang di negara Sweden. Perasaan peribadi menyatakan,tindakan Sweden memisahkan keluarga ini adalah jenayah oleh undang-undang Sweden.Apa yang undang-undang ini cuba tunjukkan...? Moga di permudahkan urusan keluarga ini. Satukanlah keluarga ini kembali kerana ibubapa ini mengamalkan syariatMu Ya Allah.... 
Aminnn.... 


Status Terkini Kes Penahanan Suami Isteri Di Sweden, Negara Itu MEMANG MELAMPAU!

Wednesday 12 February 2014

Busy nyee Sejak Adam Masuk Darjah Satu!

Assalamualaikum....

2014, Adam masuk darjah satu.Sejak hampir seminggu ambik cuti masa bulan Januari untuk uruskan hal persekolahan Adam, memang fikiran agak stress!
Banyak perkara yang perlu dibuat,disusun dan difikirkan... Rutin harian memang berubah hampir 80 peratus sejak Adam masuk sekolah darjah 1, huhuuu... Pagi dia sekolah kebangsaan, petang sekolah agama pulak... 4 hari pertama sekolah termasuk hari orentasi tu... mmg 95% tumpuan pada Adam sahaja... Urusan pergi balik sekolah pun Ibu yg buat sendiri... Memang terasa penatnya... Hari pertama sekolah ,bangun lebih awal pagi dari kebiasaan... lepas hantar Adam ke sekolah,balik rumah uruskan hal rumah pulak,basuh membasuh kain,pinggan,kemas mengemas,masak memasak.Hampir jam 12.30 - 1ptg siap2 nak jemput Adam balik sekolah pulak dengan pkai baby carrier bwk si kecik Zara ni haa... Jalan kaki je ikut jambatan sungai yg memang dibina khas untuk kesekolah dari kawasan perumahan kami disini.



Balik rumah, siapkan makan tgh hari Adam,suruh Adam mandi dan bersiap untuk ke sekolah agama pulak. Yang ni Ibu kena hantar naik kereta sebab Sekolah Agama jauh sikit dari rumah. Zara yg mmg biasa tido waktu2 cenggini ditinggalkan sekejap dengan PakLan yg ada kat umah tido jugak sebab keje shift mlm.
Selesai uruskan pendaftaran,yuran,buku dan kelas. Ibu balik rumah barula boleh makan tgh hari. Baru la boleh duduk,baring dekat sofa sambil tgk tv... huhhh! Penat jugak ye uruskan anak sekolah ni. Baru anak sorg yg sekolah ni pun dah nak semputt... macam mana la dgn org yg anak sampai 3,4 sekolah tuu... uishhh, respek betullah kat dorg!

Waktu macam ni baru la boleh relaks sikit,sambil2 layan si Zara nii.... baru la boleh belek2 handphone sementara menunggu pukul 5.30ptg karang nak ambik Adam balik sekolah agama pulak... Zara hantar kat rumah pengasuh... sebab takde
sapa2 dekat rumah dah. PakLan dah kuar. Lepas ambik Adam balik sekolah agama, ambik Zara then balik rumah. Siapkan makan Adam. Sempat lagi dia main bola dgn budak2 yg main kat depan lif tu.Lepas maghrib,adam dah baring2 kat sofa, penat la tuu... biar penat kerana menimba ilmu, jangan penat kerana buat perkara sia-sia.

Malam, keje ibu tak habis2 lg... siapkan baju sekolah utk esok pulak, susun buku ikut jadual. Hemm... nmpknye bukan Adam sorang je yg sekolah, ibu pun kena sekolah blk ni... dh hari2 kene tgk buku jgak... Huhuu.... 
Belajar rajin2 sayang... jadi la org yg berakhlak baik, berilmu dan bermanfaat... Ameen.....

Sepanjang cuti ni... Zara mmg DF je..! Senang weii bila BF ni... Ebm tah kemana, pam tah kemana,botol pun tak nampak... supply pun mcm drop jekk! Habiss laa. Stok dlm peti ais tinggal 4 botol je ni! Isnin dah nak masuk keje balik... Huhuuu... Harap cukup la ye... 

Nanti citer pasal EBM pulak... memang mencemaskan...
Jumpa lagi
Bye....


Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja yang sopan dan cantik untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi


P/S : Jemput like page saya : http://facebook.com/miazcollection
Jemput follow instagram saya : http://instagram.com/bajumuslimah_murah