Monday 29 December 2014

Melawat Muzium Diraja

Assalamualaikum....

Sebenarnya entry ni dah lama.. tapi tak post-post pun. Tapi hati ni nak share jugak story pergi Muzium Diraja ni... Hihiii... Dah ada niat nak pergi masa awal-awal pembukaan hari tu. Tapi tak jadi-jadi... mungkin belum betul-betul nak kesana kot. Istana Negara ni dijadikan muzium selepas Istana Baru siap dibina di Jalan Duta. So, kebetulan Mak Mertua ada dekat sini sebab tolong jaga Zara. Pengasuh Zara balik kampung jaga ayah nya sakit. Dekat sebulan dah My Mil duduk dengan kami. Bila dah seminggu Mak memerap kat rumah je, hujung minggu kalau En Hubby takde OT kami akan bawak mak keluar. Ye laa boring ngko... Asyik memerap kat rumah je. Sabtu tu tak tahu nak pergi mana, then terpacul kat mulut ni, jom pergi bawak mak pergi Istana lah... Hubby pun ok je.. Jom layan gambar-gambar disana. 


Kami sampai dalam pukul 3 petang macam tu, tengok macam tak ramai orang.  Muzium ni dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari.

Pemandangan nak ke Pintu Masuk Utama. Jalan ni berbukit tau.
Tiket masuk ke Istana ni dewasa RM5, Kanak-kanak 12tahun kebawah RM2, Warga Emas RM3 dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun PERCUMA.
Jadi jumlah tiket semuanya RM15 je... :-)

Lepas masuk pagar Istana tu ada kaunter tiket. Lepas beli tiket, kita kena berjalan sikitlah dalam 5 minit macam tu la... Jalan ni kena daki bukit tau. Sini ada perkhidmatan kereta buggy. Jadi siapa yang taknak ataupun tak larat nak jalan kaki tu boleh naik ni. Tapi kena bayar. Tak pasti pulak bayaran nya berapa. Tapi kami decide jalan je lah, My MIL pun kata jalan je. Tak jauh sangat pun. 

Bila sampai je di pintu masuk utama, pelawat kena buka kasut dan letakkan di rak kasut yang disediakan. Kemudian kamera tidak dibenarkan. Alamak... kenapa tak boleh ambik gambar pulak? Ishh ruginye... Agak ralat juga disitu, tapi takpelah, kita rakam jelah pemandangan dalam istana ni dan simpan dalam memori otak kita ni. Hihii...

Apa yang kami dapat lihat adalah kamar tidur yang besar, ruang makan yang elegan, bilik bacaan yang rak bukunya bertingkat-tingkat sampai kena naik tangga kalau nak amik buku tu. Bilik tetamu, bilik keluarga dan banyak lagi lah. Tapi sebenarnya kami hanya dibenarkan melihat dari luar sahaja bilik-bilik tersebut. Setiap bahagian bilik ni ada divider kayu paras pinggang yang menghalang pelawat dari masuk kedalam. Jadi kami hanya boleh tengok-tengok dari luar sahaja. 

Mungkin nak jaga barangan didalam nye kot. Takut ada yang rosak ke, pecah ke, nak lagi yang bawa anak-anak aktif macam kami ni kan... Karpet kat dalam ni memang lembut dan sejuk yang amat-amat sampai anak-anak ni dengan selambanya berguling-guling dekat hall yang luas tu... Riak muka diorang punya la seronok sampai Adam cakap , bestnya karpet ni.. lembutnya buu... Ye la nak oii.. umah kita mana la nak ada karpet macam ni. Takat karpet Ikea yang macam bulu kait tu ada laa.... Alahaii...

Bila sampai tingkat atas, kami dapat lihat kamar mandi yang gila cantik ngko! dah la luas, boleh tidur kot rasanye dalam tu... Huhuu...

Bestnye kalau dapat toilet kat rumah sendiri macam ni!!
Lepas dah habis jenguk ke seluruh kawasan, kami turun semula... hati rasa tak puas tak dapat bergambar dalam ni. Cik abang dah ajak keluar, tengok-tengok kawasan luar pulak. Bila kami dah pakai kasut semula, kami bergerak kebelakang, ohh rupa-rupanya ada Pameran Khas dekat blok lagi satu! Dan dekat situ baru dibenarkan bergambar... yeahh! kat sini pun kena buka kasut ok. 


Gambar-gambar ni diambil guna kamera handphone U9 X1. Hehe... Sebab tu quality gambar macam ni.. Takpe lah, janji ada gambar.. kan kan... 





Dan bila bergambar... ni la hasilnya... apa yang ko buat kat abang tu dikkk.... Humphhh!
Ni la balairong seri. Bila ada upacara rasmi.
adik... buat apa tu..
My MIL dengan Sultan Perak.



Apa laa posing macam nii....Huhuuu... Alahai anak-anakku...




dipintu masuk balairongseri.

dekat luar pagar ni ada tempat pengawal istana... penat berjalan kami beli aiskrim yang dijual diluar kawasan istana ni.baru je nak posiing kat dalam ni, adik buat drama pendek laa pulak... ye ye je tengok kamera. Adik kat bawah macam gitu haa... merajuk nak aiskrim jugak. Masalahnye nak pegang sendiri pulak tu. Adoii.. comot laa dik...

Overall... best juga laa... santai-santai dengan family sambil jamu mata tengok Istana. 

Yang tak tahan nye, anak-anak yang tengah aktif memang tak reti duduk diam. baru je kita nak baca penerangan dekat satu-satu tempat tu dah dia menghilang.. Adehh... penat main kejar-kejar.

Lepas habis melawat istana kami ke Wangsa Maju rumah kakak ipar, tengah lepak-lepak tiba-tiba En Hubby ajak semua kuar makan. Dalam pukul 8 lebih kami semua makan malam di Taman Melati. Port biasa masa kami bujang-bujang dulu... Huhuuu... 
Sementara menunggu makanan sampai,kami sembang-sembang macam biasa. Tiba-tiba boleh pulak En Hubby ni tanya pada kakaknya, haa.. jadi ke nak gi Melaka? Kata dapat bonus... Hihii.. Ayat pancing! Anak-anaknya pun dah senyum sengih masing-masing, jom la bu.. jom la... 
Bincang punya bincang semua pun setuju nak gi Melaka. Bila..? 
Melaka pulakk.... Tunggu next entry citer pasal Melaka ye.

Bye...
Jumpa lagi..! 


Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like page saya : http://facebook.com/miazcollection
Jemput follow instagram saya : http://instagram.com/bajumuslimah_murah










Friday 6 June 2014

Autumnz Bottle & Food Warmer Dah Letgo

Assalamualaikum...

Bottle & Food Warmer ni pun dah letgo jugak. Pengasuh Zara taknak guna warmer ni, dia kata guna air panas lagi senang.... Lagipun dia dah beli bekas untuk rendam EBM dalam air panas tu... Alamak... Then Ija pun just simpan kat rumah untuk guna sendiri. Ada la guna beberapa kali kalau ayah Zara yang jaga masa Ija tak ada kat rumah. Lepas tu memang bersimpan je warmer ni. Selebihnya memang tak pakai sangat sebab Zara kat rumah tak minum EBM pun. Dia direct feed je lagi senang.


Ini la rupa kotaknya. Warmer ni boleh guna dalam kereta jugak. Just in case kalau keluar ke balik kampung ke, dalam perjalanan kan. Cucuk je kabel tu dekat tempat api rokok dalam kereta tu. Dia akan function macam biasa sama macam guna power electric dalam rumah. Ada la try sekali. Just nak tengok function. Tapi biasanya Zara dalam kereta pun direct feed, dia lagi senang terlena dan tido dengan nyenyaknya lepas menyusu direct... Hehehhh....



 Ini description dia :-

Autumnz Home & Car Warmer (with a car converter for use in the car)
Convenient - Warms milk & baby food easily at home and in the car
Safe - Heats gently and gradually
Easy to Use - Add water and adjust the settings
Ideal for all types of feeds - For milk & baby food from the freezer, fridge or room temperature
Fits most bottles and baby food jar - wide enough to fit most bottle brands such as Avent, Tommee Tippee, MAM, Dr Browns, etc
Warranty: 1 Year


Mungkin untuk mommies yang bukan direct feed memang sangat memerlukan warmer ni sebab warmer memang memudahkan proses memanaskan EBM. Samada dari fridge ataupun dari freezer.


Cara guna warmer ni mudah je :-
1) Mula2 masukkan EBM yang hendak dipanaskan samada dari fridge atau freezer.
2) Masukkan dengan botol2nye sekali tau, atau plastic storage. Jangan dituang pulak EBM tu direct dalam warmer ni... Habisss...! Langsung tak boleh minum, baby pun dah melalak...
3) Masukkan air biasa ikut sukatan yang sesuai dengan kuantiti susu.
3) Kemudian ON kan suis dekat plug, pusing kan tombol pemanas tu dekat suhu 40".
4) Dekat warmer tu ada tulis, suhu yang perlu kita adjust, 0" darjah , 40" darjah untuk susu, 70" darjah untuk panaskan makanan baby dan 100" darjah untuk steril teats ataupun pacifier.
5) Kemudian tunggu je sampai lampu LED tu terpadam. Mungkin makan masa dalam 6-hingga 8 minit macam tu.
6) Angkat botol dan goyang2 manja botol susu tadi, cuba picit sikit susu dekat tapak tangan untuk rasa kepanasan. Agak2 dah ok, boleh tutup suis dan tuangkan susu pada botol yang baby biasa minum.
7) Selesai...


Masa Ija letgo warmer ni waranty masih ada lagi valid untuk 4 bulan. Terima kasih pada pembeli warmer ni, moga bermanfaat untuk awak.


Agak- agak ada yang tanya tak kenapa Ija letgo warmer awal sangat? First sebab memang jarang guna sebab Zara lebih suka direct feed masa dengan Ija. Second, belum terfikir nak menambah ahli keluarga dalam masa terdekat ni. Lebih baik jual sementara waranty masih valid, so pembeli akan lebih yakin dan terjamin.

Kepada pembeli warmer ni, terima banyak, semoga bermanfaat untuk awak. 

Sekian... Jumpa lagi next entry.
Byeee....!



Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like page saya : http://facebook.com/miazcollection
Jemput follow instagram saya : http://instagram.com/bajumuslimah_murah


Thursday 15 May 2014

Autumnz Ultimate dah let go

Assalamualaikum....

Hurmm... lepas Autumnz Ultimate dah hantar servis... sekali je aku guna dia. Memang dah ok... takde problem. Memang dorang servis baik-baik... display button yg dh kabur tu pun ditukarnya... padded bawah yg dh tercabut tu pun diganti baru. :-) Tima kasih ATZ Care dan OneBabyWorld servis uoalls... thumbs up! Cuma kena tunggu la dalam 2minggu baru siap. Husband cakap... ehh... ni mcm tukar unit baru je...! Heheee... ye ke... ntahh... tak kisah laa apa pun janji breastpump tu dah ok dan boleh guna mcm biasa.


Lama jugak la terperuk dalam kotak atas almari tu. Ye laa... masa hantar servis hari tu kan mkn masa  2minggu. Dalam masa 2 minggu nak pam guna apa? Mujur la hubby murah hati offer beli pam baru. Tu yang dapat M1 yg comey lagi the best tuu...! :-) Dalam hati rasa nak let go lah Autumnz Ultimate... daripada terperuk kat situ... baik jual kat orang... mana tahu ada yang betul-betul memerlukan ke. At least ada manfaatnya disitu kan...

Autumnz Ultimate yang telah berkhidmat selama 4 bulan.
Jasamu akan kukenang...

Alhamdulillah... tak sampai sehari buat ads, dah ada buyer. Jual murah-murah je pun... memang berbaloi-baloi harga... Hubby geleng kepala je dengar harga yg i letak... :-) Takpelah... dapat duit sikit...Manfaatnye... InsyaAllah ada pahala yang terselit disitu.... :-)

Pada buyer... cik Norma... Happy Pumping... moga awak dapat breastfeed baby awak sampai 2 tahun.

Sebenarnya ada lagi barang-barang yang nak di let go.

#AutmnzElectricSteamSteriliser
#Autumnz Home and Car Warmer
#Cooler Tote Bag

Tunggu next entry ye...

Dadaaaa... Bye!

Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja yang sopan dan cantik untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi


P/S : Jemput like page saya : http://facebook.com/miazcollection
Jemput follow instagram saya : http://instagram.com/bajumuslimah_murah

Thursday 13 February 2014

Status Terkini Kes Penahanan Suami Isteri Di Sweden, Negara Itu MEMANG MELAMPAU!

Assalamualaikum...

Walaupun kisah ni hampir sebulan berlalu , baru hari ni dapat baca dengan teliti kisah Ibubapa yg ditahan di Sweden kerana memukul anak tidak solat.
Rasa simpati dengan keluarga ini, dalam masa yang sama rasa hairan dan pelik dengan undang-undang di negara Sweden. Perasaan peribadi menyatakan,tindakan Sweden memisahkan keluarga ini adalah jenayah oleh undang-undang Sweden.Apa yang undang-undang ini cuba tunjukkan...? Moga di permudahkan urusan keluarga ini. Satukanlah keluarga ini kembali kerana ibubapa ini mengamalkan syariatMu Ya Allah.... 
Aminnn.... 


Status Terkini Kes Penahanan Suami Isteri Di Sweden, Negara Itu MEMANG MELAMPAU!

Wednesday 12 February 2014

Busy nyee Sejak Adam Masuk Darjah Satu!

Assalamualaikum....

2014, Adam masuk darjah satu.Sejak hampir seminggu ambik cuti masa bulan Januari untuk uruskan hal persekolahan Adam, memang fikiran agak stress!
Banyak perkara yang perlu dibuat,disusun dan difikirkan... Rutin harian memang berubah hampir 80 peratus sejak Adam masuk sekolah darjah 1, huhuuu... Pagi dia sekolah kebangsaan, petang sekolah agama pulak... 4 hari pertama sekolah termasuk hari orentasi tu... mmg 95% tumpuan pada Adam sahaja... Urusan pergi balik sekolah pun Ibu yg buat sendiri... Memang terasa penatnya... Hari pertama sekolah ,bangun lebih awal pagi dari kebiasaan... lepas hantar Adam ke sekolah,balik rumah uruskan hal rumah pulak,basuh membasuh kain,pinggan,kemas mengemas,masak memasak.Hampir jam 12.30 - 1ptg siap2 nak jemput Adam balik sekolah pulak dengan pkai baby carrier bwk si kecik Zara ni haa... Jalan kaki je ikut jambatan sungai yg memang dibina khas untuk kesekolah dari kawasan perumahan kami disini.



Balik rumah, siapkan makan tgh hari Adam,suruh Adam mandi dan bersiap untuk ke sekolah agama pulak. Yang ni Ibu kena hantar naik kereta sebab Sekolah Agama jauh sikit dari rumah. Zara yg mmg biasa tido waktu2 cenggini ditinggalkan sekejap dengan PakLan yg ada kat umah tido jugak sebab keje shift mlm.
Selesai uruskan pendaftaran,yuran,buku dan kelas. Ibu balik rumah barula boleh makan tgh hari. Baru la boleh duduk,baring dekat sofa sambil tgk tv... huhhh! Penat jugak ye uruskan anak sekolah ni. Baru anak sorg yg sekolah ni pun dah nak semputt... macam mana la dgn org yg anak sampai 3,4 sekolah tuu... uishhh, respek betullah kat dorg!

Waktu macam ni baru la boleh relaks sikit,sambil2 layan si Zara nii.... baru la boleh belek2 handphone sementara menunggu pukul 5.30ptg karang nak ambik Adam balik sekolah agama pulak... Zara hantar kat rumah pengasuh... sebab takde
sapa2 dekat rumah dah. PakLan dah kuar. Lepas ambik Adam balik sekolah agama, ambik Zara then balik rumah. Siapkan makan Adam. Sempat lagi dia main bola dgn budak2 yg main kat depan lif tu.Lepas maghrib,adam dah baring2 kat sofa, penat la tuu... biar penat kerana menimba ilmu, jangan penat kerana buat perkara sia-sia.

Malam, keje ibu tak habis2 lg... siapkan baju sekolah utk esok pulak, susun buku ikut jadual. Hemm... nmpknye bukan Adam sorang je yg sekolah, ibu pun kena sekolah blk ni... dh hari2 kene tgk buku jgak... Huhuu.... 
Belajar rajin2 sayang... jadi la org yg berakhlak baik, berilmu dan bermanfaat... Ameen.....

Sepanjang cuti ni... Zara mmg DF je..! Senang weii bila BF ni... Ebm tah kemana, pam tah kemana,botol pun tak nampak... supply pun mcm drop jekk! Habiss laa. Stok dlm peti ais tinggal 4 botol je ni! Isnin dah nak masuk keje balik... Huhuuu... Harap cukup la ye... 

Nanti citer pasal EBM pulak... memang mencemaskan...
Jumpa lagi
Bye....


Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja yang sopan dan cantik untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi


P/S : Jemput like page saya : http://facebook.com/miazcollection
Jemput follow instagram saya : http://instagram.com/bajumuslimah_murah