Saturday 10 October 2015

Checklist Sempoi Barangan Ibu ke Hospital dan Keperluan Berpantang.

Assalamualaikum....

Memandangkan due date dah nak dekat checklist barangan ke hospital dan keperluan semasa berpantang dah pun ready in stok. 
Walaupun ini kelahiran yang ketiga tapi perlu juga buat checklist sebab takut ada yang tertinggal. Nanti bila dah bersalin dah ada baby kat rumah, jangan harap nak pergi membeli belah lagi dah. Nak harap suami belikan memangla dia boleh. Tapi kita yang nak mengguna pakai barangan tu baik kita yang tengok,belek-belek dan beli sendiri. Kalau tidak nanti, tak puas hati dan menangisla kau dibucu katil sambil nyusu anak... Huhuhuuu....


Barangan yang paling penting sekali lepas bersalin adalah PAD. Sebab, sejurus lepas bersalin, kita memang akan keluar darah nifas. Darah nifas ni banyak jumlahnya daripada haid yang biasa kita alami setiap bulan tu. Boleh jadi basah lencun dibuatnya.Tak selesa betul kalau pad tu tak tebal untuk menampung.

Gunalah yang overnight heavy flow supaya tak berlaku kebocoran dan ketidakselesaan semasa dihospital sejurus selepas bersalin. (Ewah,mcm iklan pulak!)



OK, 3 benda ni memang keperluan utama ye, stokin memang kena pakai sebab bila dah bersalin badan kita akan beralih suhu dengan cepat. Jadi untuk elakkan badan mengalami kejutan perubahan suhu yang mendadak, (mengandungkan badan panas) sila pakai stokin sebab kat hospital ada aircond! Sejuk! Hihiii... pakai stokin juga untuk elakkan angin masuk kedalam badan. Kalau masuk angin nanti kaki dan anggota badan akan lenguh lesu. Macam mana nak jaga baby kalau ibunya badan tak sihat kan? 

Disposable panties tu sebenarnya balance masa bersalinkan zara. So, tak payah beli lagi. Habiskan je baki yang ada. Stokin tu pun sama, elok lagi boleh pakai, Hehehehhh... ^_^


OK, yang ni pulak Air Zam-Zam, minyak selusuh dan dalam bekas tu buah kurma. Yang ni untuk ija minum masa nak tunggu contraction dan juga lepas bersalin. macam biasalah buah kurma sangat bagus khasiatnya untuk ibu mengandung dan lepas bersalin. Jom rujuk Surah maryam Ayat 23-26 mesti ada banyak hikmahnya untuk ibu yang nak bersalinkan...

jangan lupa juga toiletries utk kita guna dekat ward nanti. dua bekas comey tu facial wash dan bodywash. ija beli bekas dia dekat DIY harga RM1.90. Isi je facial wash dgn body wash yg memang ada kat bilik mandi tu. Nanti balik kg pun boleh guna bekas ni utk isi sabun kita kan. Suka sangat dengan bekas kecik ni, tah kenapa tahh!






Secara ringkasnya ini saja la barang-barang keperluan ibu dihospital nanti. Baju tak bawak pun, esoknya nk discharge baru suruh hubby bawakkan. Ni pun dah penuh bag, baju baby lagi. pampers je dah berkeping-keping.


 Yang ini pulak keperluan berpantang. Memang beli loose. Sebab dah tahu dah kalau set, kompem tak habis pakai. Hehehhh... Macam rajin sangat nak pakai semua benda tu. Ngeee... :-)



Akhir kata, sempoi ajee... tak kira lah harganya murah ke mahal ke, asalkan berkesan untuk si pemakai nya tu yang penting. kalau ada masa nanti Ija review satu-satu barangan berpantang ni ye. Tapi tak janji la... nanti anak dah 3, kompem semakin tak cukup tangan.. huhuhhuuuu.

Untuk first mommies maybe boleh buat rujukan sikit. Sekadar berkongsi apa yang telah dilalui.

Jumpa lagi ...

Bye!!







Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja yang sopan dan cantik untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like FB Page saya : MIAZACollections
Jemput follow instagram saya : bajumuslimah_murah

Friday 9 October 2015

Supplement Semasa Mengandung

Assalamualaikum...

Pregnant dan supplement memang tak dapat dipisahkan.... Bila bercakap pasal kehamilan, semua orang nak yang terbaik untuk anak kan. Banyak aspek pemakanan yang perlu dijaga sejak dari awal kehamilan hingga lah hampir waktu bersalin. Untuk pregnant kali ketiga ni Ija lebih menjaga corak pemakanan sebab dah taknak perkara yang sama berulang lagi masa pregnant no 2 yang lalu.



Sebab apa tau.... Mengikut pengalaman sendiri dan pengalaman kengkawan yang mengandung masa kini, bila kami main makan ikut selera anak tekak jeee.... Konon-konon makan untuk dua oranglah, baby nak makan lah... Mengidamlah... Jangan terpedaya ok! Sebab apa... bahan makanan pada masa kini, bukan nya original macam zaman mak-mak kita dulu. Bahan kandungan dalam makanan kita sekarang ni kebanyakkan makanan yang diproses dan banyak bahan kimia. Bila pertama kali nak checkup atau buka buku di KK, kompem diebeties tu memang ada! Bila dah kena diebeties masa pregnant, haa masa tu korang asyik nak kena mengulang ke klinik je la keje nye. Test gula la, cek BSP, jumpa dietition. adoiii.... sampai nurse pun dah kenal muka korang...  

So, pregnant untuk kali ketiga ni, saya taknak perkara tersebut berulang lagi!!! Uhuk uhuk uhuk.... Jadi apa yang saya makan dan makanan tambahan apa yang saya ambik??

Psst... Sila abaikan makanan yg ditepi dinding tuu... ^_^




Ok, ini la makanan tambahan yang saya amalkan semasa mengandung anak ketiga. 

Beli di Page D'Aura Minyak Kelapa Dara As-Syifa'. RM49.90 sebotol. Beli 4 botol dapat RM198 free pos.
Niat utama makan D'Aura VCO ni adalah untuk memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko anak jaundice selepas lahir. So far sepanjang amalkan VCO ni kaki ija tak bengkak walaupun dan masuk 38 minggu. Dulu masa anak 1st dgn 2nd 28 minggu dah bengkak dah kaki. Sembap jee... Tapi yg ke 3 ni alhamdulillah... kaki tak bengkak langsung.




RM17 / 10sachet
Susu kambing Hiraq.
Ntah kenapa pregnant no 3 ni tekak tak boleh masuk dengan susu masa 4bulan pregnant. En Hubby ada beli susu Anmum Materna, jenuh nak menghabiskan nya, lain betul masa pregnant no 2, tiap-tiap bulan mesti habis dan beli lagi. Akhirnya saya decide nak try susu kambing. Beli kat kedai jamu tesco je. Tawar2, dapat la harga murah sikit RM17. Sedap juga rasa dia, takde gula tambahan dan memang takde bau. kalau Hi-Goat ada bau jugak sikit2. 
Start minum ni 28minggu sampai sekarang dah 38minggu... Heheee :-)

Kat Tesco RM4.99 sebiji. Merah pekat dan manis. Pasar malam RM3 sebiji, Kurang merah dan masam2 sikit.
Masa pregnant No 2, dapat makan delima sekali je. Hehee...sebab rasa buah ni mahal betul. Sebiji RM5! Sedap dan manis.Ye la, dah bagus khasiatnya kan mesti la mahal. Tapi kali ni dah 4 kali makan dah. Beli kat pasar malam murah sikit. Tapi rasanya masam manis la. 




RM10/20 softgel.




RM30 / 60softgel.

Nak tahu tak, salah satu khasiat makan minyak zaitun masa pregnant adalah kulit anak jadi putih melepakk walaupun maknya hitam legam! Serius, masa pregnant no2, memang hari2 makan ni, kulit anak memang putih sangat kalah bapak dia. Mak dia tak payah cakap la, memang macam tahi cicak dah kalau tengok cermin sama-sama dengan anak. ^-^
Mudah-mudahan no 3 ni pun macam tu jugak! InsyaAllah.... 
Kebaikan minyak zaitun ni juga boleh melawaskan pembuangan harian kita. macam Ija makan ni lepas makan malam, esok pagi kompem membuang dengan lancar.

Air Kelapa tak lupa juga dari senarai pemakanan masa mengandung ni. Ija start minum masa 7 bulan. Tapi jarang-jarang. Seminggu sekali macam tu la sebab susah nak dapat. Kat area rumah mula-mula beli kat flat sebelah, murah je RM3.50 tanpa gula dan ais. Pastu sebulan lepas tu dah habis. Lepas dua tiga kali dtg lagi pun dah habis, dah tak bukak dah. Jumpa lagi satu tempat jual air kelapa tapi jauh sikit dari rumah, RM4.50 tanpa gula dan ais. Boleh la daripada tak ada. Masuk 8 bulan, 2 kali seminggu Ija minum. Ni dah masuk 38minggu rasa nak minum selang sehari lahh... hahaa... Yg paling femes khasiatnye adalah kulit anak bersih dan cantik masa lahir. Boleh elakkan anak kena jaundice lepas lahir, InsyaAllah, mudah mudahan berkesan. 

OK, Ija nak share waktu bila Ija makan semua ni?? 

1) D'Aura VCO - lepas sarapan 2 biji 
2) Petang sebelum balik keje - 2 biji
3) Minyak Zaitun - Lepas makan malam 2 biji
4) Sebelum tidur - Minum susu kambing Hiraq.  
5) Buah delima atau jus delima bila-bila masa... 
6) Air Kelapa tanpa gula dan ais - seminggu sekali.

Setiap kali nak makan semua ni Ija akan doa dalam hati, Ya Allah berilah kebaikan pada ku dari makanan ini, dan mintak lah apa yang kita hajatkan. Mudah-mudahan memberi kesan yang baik pada anak didalam kandungan kita. InsyaAllah...


Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like FB Page saya : MIAZACollections
Jemput follow instagram saya : bajumuslimah_murah

Wednesday 7 October 2015

36 Minggu, Motor dan Kerja...

Bismillahirrahmanirrahim....



Dah 36minggu usia kandungan ni. Masih lagi naik motor pergi kerja... hahaa... Orang yang menengok pun seram. Aku pun seram... En suami dah 3,4 kali kata nak tolong hantar dan jemput pergi balik kerja. Sayang oii... waktu kerja kita tak sama, awak masuk awal, saya masuk lambat sejam dari awak, balik keje saya ontime, awak hari-hari kena OT. Itu yang saya menolak tuu... Takpe... jangan risau, saya masih gagah lagi nak menunggang skuter kesayangan saya tuuu... Hehehhh....





Tapi memang ketara perbezaan nya.... dah masuk sarat ni, bawak motor pun 60km/jam je.... nak speed 80-100 pun macam tak pergi jee... hahahaa.... Kalau masa mengandungkan Zara dulu, masuk 7 bulan dah drive kete pegi keje. Mengandung no 3 ni hati ni suka betul naik motor. Nak bawak kete dengan meredah jem pagi-pagi tu... MasyaAllah... Eeii, malassnyaaa....!!



Memang masa ni nak bawak badan pun macam tak larat. Ada juga staff yang menegur... kau ni macam dah tak larat nak jalan dah aku tengok. Ye lee... dah kadang-kadang tulang pelvik kita rasa perit, masa tu memang jalan pun kena slow motion le. Sakit tuuu.... Kadang tu rasa nak cuti awal... tapi nanti kena Unpaid, uhuk-uhuk... mana cukup nak bayor komitmen ujung bulan ni Mak Jemah oii... ^_^



Sabor je lah.... Mudah-mudahan perjalanan sentiasa dalam perlindungan Allah. Selagi baby belum nak kuar dari perut ibu ni... Mudah-mudahan Ibu masih kuat untuk lakukan urusan harian. Tiba masanya... berehatlah ibu, dan masa tu baby jadilah anak yang mudah dijaga, mudah diuruskan, tiada ragam tangismu, dan jadilah anak yang menyejukkan hati Ibu dan Ayah. Amin.... Allahumma Aminn...


Wednesday 27 May 2015

Tak Picit Hon Walaupun Pada Saat-Saat Yang WAJIB!

Assalamualaikum....

Macam biasa aku memang menunggang skuter tiap-tiap hari untuk pergi kerja. Bila masuk Jalan Lapangan Terbang Subang ni memang banyak kereta... Motor memang akan jalan kat celah lane 2 dan 3 tu. Kalau tengok barisan motor ni memang aku last sekali la... Tengok side mirror belakang memang takde motor dah. Kat depan motor aku ni ada 1 motor dah mencelah masuk dari lane 2. Ingatkan dah takde motor lain dah.

Pastu tiba-tiba ada lagi 1 motor meluru masuk celah motor aku!!! Mujur sempat aku tarik brek!!! Budak yang pakai baju Gdex tu cepat-cepat pecut sambil angkat tangan!! Tanda Sorry la tu ekk?? Tergamam kejap aku... Eh, ko tak boleh berenti dulu ke sebelum mencelah masuk ni? Tengok la dulu ada motor lagi ke tidak! Kang berdentum..Sapa nak jawab? Geleng kepala aku tengok budak ni. Yang peliknya... nape aku tak picit hon??? Aku boleh geleng-geleng kepala je?? Ko dah mencelah masuk pun bukannya ko boleh terus pecut habis pun! Sebab banyak lagi motor berderet kat depan nun! Aku ni mengekor je ngko! Belakang takde motor lain tau! Ehh, sakit pulak hati kita ni mengekor motor dia... 

Sabar Ija sabar... Ko tu dah la mengandung.... 
Haihh, mengucap panjang aku, dalam hati tak putus baca 
Bismillahitawakkaltua'llAllah...
Hurmm... kalau aku picit hon tadi kan bagus! At least boleh bagi dia sedar sikit cara dia tu merbahaya! Masalahnya kan... memang tangan aku ni tak tahu pun nak picit hon kat mana... Padahal bukan nye jauh pun butang hon tu dengan handle kiri ni. Hampehh betul! Dulu masa kecik-kecik bukan main ko picit hon motor bapak ko kan?? Suka sangat main hon motor abah masa zaman budak hingusan dulu! Sekarang bila Wajib ko kena tekan hon dah menggagau ibu jari mana butang pulak butang hon ni?? Adehh... Rasanye dah dekat 3 tahun aku bawak motor, sekali pun aku tak pernah picit hon ni walaupun pada saat-saat yang memang WAJIB aku gunakan!!! 

Hummphh... Bukan apa.. Sebenarnya aku pantang kalau dengar orang hon-hon dekat aku ni. Sebab kitorang akan terkejut dan mengganggu tumpuan menunggang! Bila terkejut, pegang handle pun dah tak stabil... Haa, itu jam, kalau motor tu ketengah ketepi, kan bahaya? Sebab tu memang susah aku nak tekan hon ni... Kadang-kadang rider lain kan suka tekan hon kalau selisih dengan member kat tepi jalan ke, bagi isyarat jalan dulu ke, masa semua staff nak balik keluar pagar. Tapi aku tak... Habih kuat pun aku lambai tangan pastu senyum.. tu je! Takde aku nak picit-picit honnye!! 

Sabar lah... Apa-apa pun, harap-harap lepas ni takde lagi aku jumpa budak ni kat jalan... Harap-harap takde jugak orang lain buat macam ngko sepanjang aku dekat jalan raya... Bahaya woo!!  To all riders outside, Please ride safely... Anda mampu mengubahnya! Dan kepada pemandu kereta jugak, dont simply tekan Hon dekat orang bawak motor ehh, Bahaya! 


Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja yang sopan dan cantik untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi


P/S : Jemput like page saya : http://facebook.com/miazcollection
Jemput follow instagram saya : http://instagram.com/bajumuslimah_murah





Friday 1 May 2015

Ambil Suntikan Perancang Tapi Mengandung Juga? Part 2

Bismillahhirrahmanirrahim...


Memang sah Ija mengandung lagi. Bak kata pepatah, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.
Dalam merancang untuk tidak mengandung dalam masa yang terdekat tapi akhirnya dia melekat juga dengan kuasa Nya... Ya Allah... aku mohon ampun... Sesungguhnya Engkaulah yang mencipta sesuatu. Jadikan aku redha dengan kejadian ini. Berilah aku kekuatan untuk menempuh ujian ini.... 





Ini semua ujian Ija... muhasabah lah diri balik... Selama ni pun kau banyak leka dengan dunia. Dalam celaru menerima kenyataan takdir tapi ada banyak juga kebaikan yang berlaku sepanjang tempoh mengetahui bahawa diri ini hamil lagi. Baru-baru ini syarikat ditempat kerja mengaut keuntungan yang agak maksimum. jadi semua pekerja dapat 2.5 bonus setiap seorang ditambah dengan RM900 lagi insentif. MasyaAllah... rezeki anak no 3 agaknye ni... Ini pertama kali berlaku dalam syarikat. Sebelum ni paling banyak pun 1.5 je boleh bagi. Rezeki tu Allah yang bagi...


Kerana kehamilah ini jugalah... kami sekeluarga berpeluang bercuti ke Langkawi yang memang 
diimpi-impikan selama ni... Naik kapal terbang pulak tuu... Subhanallah... Siapa sangka... Plan memang nak pergi tapi masih lagi mengumpul dana untuk bercuti pada hujung tahun nanti. Tup tup... awal tahun kami dah terbang pergi... Heheee... Syukur pada Mu Ya Allah... 



Dan baru-baru ini.... tergerak hati untuk buat kira-kira semula dengan income dan juga hutang yang masih ada. Rupa-rupanya hampir kesemua komitmen akan langsai pada hujung tahun ini... Tepat dengan masa kelahiran ini nanti hujung tahun dan habis pantang, Bulan Januari masuk kerja semula, komitmen bulanan dah settle tinggal insurans je yang perlu dibayar setiap bulan. Allah hurabbi... Allah sebaik-baik perancang...
Terima kasih Ya Allah.... Engkaulah yang Mencipta sesuatu dan Engkaulah yang memberi rezeki. 

La Tahzan....

Friday 3 April 2015

Diari Mengandung ~ 1 (Test sendiri & Scan di Klinik)

Test Sendiri & Scan di Klinik Central

Balik dari opis terus singgah di Guardian beli Pregnancy Test Kit. RM13.90 harga nya. Esok pagi nya baru test urine. Nurse dekat KK masa Ija buat checkup anak 1st dulu cakap.. kalau nak test urine untuk pregnant better buat pagi-pagi masa baru bangun tido tu. So, Ija pun try la buat yang macam tu. Ini kali kedua dalam hidup ija beli benda ni. Dulu masa mengandungkan Zara, Ija tak beli pun test kit sebab Ija memang bersedia untuk mengandung lagi dan tanda-tanda yang ada tu pun dah cukup mengesahkannya. Tapi kes kali ni tidak. Mesti cek betul-betul sebab rasa mustahil sangat!




 Kira ok jugak set test kit ni, sebab dia ada urine container dgn pipette. Senang nak titikkan urine kita dekat benda bulat tu. Dalam 3 titik cepat je dia meresap. Dalam 30 saat hingga 2 minit dah boleh nampak keputusan nya. 



 Dalam hati masih mengharapkan hanya satu garisan je yang keluar. Tapi...


Ini lah keputusan nya... Tak tahu lah nak cakap macam mana... ke benda ni rosak? Benda ni tak betul kot... Huhuuu... Walaupun dekat kotak tu terpampang 100% accurate! Haha... Lepas dpt result ni, baru Ija inform Hubby dekat whatsapp. Dan dia reply dengan emoticon :-) :-) :-) Adehh... 
Para suami ni memang macam camtu kot... Asal bini nya mengandung je, suka... Adohaii... 

 
Untuk dapatkan kepastian yang lebih tepat, Hubby pun bawak pergi klinik jumpa doktor. Lepas cerita masalah ni dekat doktor, dia pun suruh baring nak scan... Dan terpampang lah benda bulat dekat skrin monitor tu... Doktor pun cakap dah besar dah haa... Can say hello to mummy dah... Aku dengan doktor pun ketawa kecil..! Hihii... Subhanallah... Aku mengandung lagi...? Tiba-tiba terbit rasa kasih dari dalam bila melihatkan ada zuriat lagi dalam rahim ini. Rasa macam tak percaya pun ada! Macam mana la yang ni boleh terlepas... Padahal kita dah pasang protection pun kan... Ini la kuasa Allah, bila Dia kata kun fayakun... Maka jadilah...


Keluar dari bilik konsultasi tu Ija pun terus bagi benda ni dekat Hubby. Dia pun tanya... apa ni? Tu... nampak tu 12/52. Memang ada bang... dah 3 bulan dah. Huhuuu... Hubby senyum melebar... Adam ada adik lagi!! Woha...!
Eh tapi kenapa doktor bagi data je ek? Kenapa tak bagi gambar real tu... Pelik ni. 
Ntahh laa bang... Tapi yang pastinya... Ija memang mengandung lagi! 

Kena pegi KK ni, nak tanya kenapa boleh pregnant jugak sedangkan dah ambik suntikan perancang kan... Ada apa2 yang tak kena ke ehh... Ada bocor kat mana-mana ke... Huhuu... 

By the way... pada mommies yang ada ambil suntikan perancang ni kena hati-hati jugak kot. Mungkin kena pantau juga waktu subur anda. Mana tahu ada yang terlebih aktif... Last-last melekat jugak! Wohaaa...!! 





Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like page saya : http://facebook.com/miazcollection
Jemput follow instagram saya : http://instagram.com/bajumuslimah_murah
























Tuesday 31 March 2015

Pasang Wallpaper Kat Bilik Anak

Assalamualaikum....

Okeh... Sebenarnya dah lama dah nak pasang wallpaper kat bilik si Adam ni... Sejak pindah rumah sini dia punya dinding masyaAllah.... Banyak bebenor hasil grafik nyee...! Tambah pulak tangan dia pun gatal... dah tak cukup kertas dah nak melukis? Humphh... Sakit mata memandang... Hari tu mengecat rumah pun dapat cat dekat ruang tamu dengan dapur je. 2 tong habis! Nak beli lagi tak cukup budget! Huhuu.... Mujur bilik ibu ayah dia dinding tak teruk sangat, tu yang sampai sekarang masih tak cat lagi. Hahaha... lagipun rumah sewa... kalau rumah sendiri confirmed kita buat cun cun ala-ala hotel 5star kan...! Cehh, berangann... 

Cantik kan dinding ni? Macam-macam adaaa... Humphh..
Dekat facebook, banyak betul iklan wallpaper ni.Tapi yang spoil nye, harga dia tu!! 
1 gulung RM50. Adoi.. belum postage lagi. Design memang la lawa-lawa. 
Tapiiii...... haa, panjang tapi nyaa...
So, cari-cari lagi pasal wallpaper murah... Rupa-rupanya dekat Kaison ada jual wallpaper wehh...! Kaison ni kat mana? Google laa.. ohh, kat Paradigm Mall ada.  Laa.. umah kita dekat je Paradigm Mall, apa lagi hari Sabtu tu zasss... Pilih punya pilih... rasanye corak ni je yang sesuai dengan bilik Adam. Harga paling murah RM19.90. yang ni dah ada gam sekali. So kita just bukak dan tampal. Ada lagi 1 jenis tu design nya cantik-cantik. Harga pun cantik gak, RM50 lebih kot segulung. Tapi yang jenis tu gam nya kena beli lain. Renyah pulak nak calit-calit gam tu rasanye... 


Balik dari Paradigm Mall tu dah penat... Esoknye baru Cik Hubby mulakan operasi menampal. Bilik tu minggu lepas lagi dah dikemasnya. Jenuh jugak nak pasang wallpaper ni sebenarnya ekk.... first, kena ukur ketinggian dulu. Pastu potong ikut ukuran. Haa... pastu clearkan dinding dari segala macam benda, paku2 gantung, kertas2 lukisan yang bertampal tu dan apa2 je lah.. Janji dinding tu kosong.Lepas tu tampal dari atas ke bawah.... Sekeping demi sekeping... Huhuu.. berpeluh - peluh cik abang kita menampal... Saya tukang sapu rata jee... Kalau tukang profesional tu, diorang pakai alat khas untuk ratakan wallpaper ni. Sebab dia ada gelembung-gelembung kalau tak sapu rata. Makcik pakai kain lampin buruk anak jee... Hahaa... Janji rata! 

mai pilih mai pilih...
 
masa ni dah kepingan yang kedua.
panjat pakai meja jee...
Dinding pertama, hampir siap!

Dan hasilnye...... Taraaa.....


Sila abaikan bantal burok tuuu...!

Alhamdulillah.... Siap juga akhirnya. Terima kasih kat cik abang... Susah payah dia mengemas bilik bujang anaknye nii... Adam pun dah excited nak tido bilik sendiri malam tu. Kalau tak... tiap-tiap malam menyelit dekat bilik ibu ayahnye. Sampai kan kitorg semua pun lepak bilik adam je sampai malam. Lepas ni baru la semangat nak buat keje sekolah kat bilik sendiri kan... Hahaa... 

Jumpa lagi... 
Byee...!


Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like page saya : MIAZACollections
Jemput follow instagram saya : bajumuslimah_murah

Saturday 21 March 2015

Ambil Suntikan Perancang Tapi Mengandung Juga?

Ambil Suntikan Perancang Tapi Saya Mengandung Lagi?
Sampai hari ni saya masih lagi tertanya-tanya... Saya ambil suntikan perancang tapi tiba-tiba saya rasa perubahan yang agak pelik pada diri saya. Saya mengandungkah? Kalau waktu petang, dekat time nak balik keje tu mesti rasa mual-mual nak muntah... Pastu balik keje bila sampai rumah mesti rasa nak baring-baring je... Malas betul nak buat kerja rumah... tak boleh jadi ni... Dekat office saya dah tak boleh skip lunch lagi dah. (konon nak diet le tuu.. berat naik sejak ambik injection ni weh!!) Tapi sejak dua bulan ni tengah hari kalau skip lunch mesti rasa lapar sampai menggigil. 



Kalau ikutkan ni nak masuk 2 bulan lebih saya tak period. Last period hari tu cuma 4 hari je. Hurmm... tak mungkin... takkan lahh.... Bila waktu menyusukan Zara lagi pelik... Rasa sakit betul dekat puting payudara tu... Nak kata Zara gigit tak... Tapi memang sakit. Mujur bila Ibu cakap... sakitla Zara...(nada manja) Cepat2 dia lepaskan pastu sambung main dengan mainannye. 

Mungkinkah sebab 2bulan sudah saya terlewat tarikh untuk new appointment? 
Memang ada sekali dua appointment yang saya miss ikut tarikh. Tapi saya sangat yakin yang saya tak pregnant dan saya datang balik untuk injection bila saya datang period. 
Ada dua kali terskip appointment. Last injection adalah bulan Februari. Sekarang dah April.
Last period  awal Januari.


Kalau betul saya pregnant macam mana? Ataupun ini simptom injection tu? 
Kalau refer dekat blog Dr Zubaidi, ada jugak simpton nye macam orang pregnant.

Dr Zubaidi - Kesan Sampingan Pengambilan Suntikan Perancang 

Tapi, kalau saya betul pregnant macam mana?? Saya belum sedia nak pregnant lagi ni... Zara baru 1 tahun 9 bulan. belum cerai susu lagi. Walaupun Zara bukan full breastfeeding lagi. Tapi sekurang-kurang dia masih menyusu ibu hingga sekarang. Malam-malam memang dia bergantung dengan Ibu je. Tak payah susah-susah bangun tengah malam bancuh susu botol. 
Kalau betul saya mengandung lagi.... mana pulak nak cekau upah untuk bayar babysitter. Gaji sekarang lepas tolak semua komitmen dengan upah babysitter Adam dengan Zara, memang tinggal duit makan je...  Expenses untuk diri sendiri pun dah cut kos! Itupun lagi seminggu nak tunggu gaji dah kering. :-(


En Husband belum tahu lagi ni.... Macam-macam yang bermain dalam fikiran ni...
 Balik keje ni cadang nak pegi beli tester. Tengoklah macam mana... Lagipun lagi 2 minggu appointment injection baru. Aku mengandung lagi ke...??? Ohh tidak... Uhukk... :-(

-----------------------------------------------------------------------------------

Ok ini la perasaannya bila kita mengandung dalam keadaan tidak bersedia dan tidak dirancang. Walau macam mana pun ini adalah ketentuan Allah, apa yang berlaku adalah atas kehendaknya. Mengandung lagi adalah satu moment yang indah kalau kita redha dengan kehadirannya. Actually, mula-mula memang rasa kalut! Sebab tak bersedia dari segi mental , fizikal, dan ekonomi itu sendiri. Tapi bila kita mula positif dengan apa jua keadaan.... Everything will be fine dear! 

Yang penting sokongan dari keluarga! Sebaik saja saya disahkan mengandung 12minggu oleh doktor, saya anggap dia adalah Bonus dari Allah! Well, macam kita keje tu, hujung tahun majikan bagi kita bonus, seronok kan? Dapat extra, jadi ini Allah bagi extra untuk kita buat pahala beb! 

Seperti yang di doakan setiap ketika , kehadiran si bonus ni memang menyerikan lagi hidup kami dengan ragamnya yang mencuit hati....Cabaran tetap ada dan bergantung pada kita sendiri bagaimana kita nak menghadapinya... 

Rezeki bukan hanya terletak pada wang ringgit, tapi apa yang kita ada sekarang itulah rezeki.... ^_^ 



Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja yang sopan dan cantik untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi


P/S : Jemput like page saya : MIAZACollections
Jemput follow instagram saya : bajumuslimah_murah

Thank You!