Saturday 10 October 2015

Checklist Sempoi Barangan Ibu ke Hospital dan Keperluan Berpantang.

Assalamualaikum....

Memandangkan due date dah nak dekat checklist barangan ke hospital dan keperluan semasa berpantang dah pun ready in stok. 
Walaupun ini kelahiran yang ketiga tapi perlu juga buat checklist sebab takut ada yang tertinggal. Nanti bila dah bersalin dah ada baby kat rumah, jangan harap nak pergi membeli belah lagi dah. Nak harap suami belikan memangla dia boleh. Tapi kita yang nak mengguna pakai barangan tu baik kita yang tengok,belek-belek dan beli sendiri. Kalau tidak nanti, tak puas hati dan menangisla kau dibucu katil sambil nyusu anak... Huhuhuuu....


Barangan yang paling penting sekali lepas bersalin adalah PAD. Sebab, sejurus lepas bersalin, kita memang akan keluar darah nifas. Darah nifas ni banyak jumlahnya daripada haid yang biasa kita alami setiap bulan tu. Boleh jadi basah lencun dibuatnya.Tak selesa betul kalau pad tu tak tebal untuk menampung.

Gunalah yang overnight heavy flow supaya tak berlaku kebocoran dan ketidakselesaan semasa dihospital sejurus selepas bersalin. (Ewah,mcm iklan pulak!)



OK, 3 benda ni memang keperluan utama ye, stokin memang kena pakai sebab bila dah bersalin badan kita akan beralih suhu dengan cepat. Jadi untuk elakkan badan mengalami kejutan perubahan suhu yang mendadak, (mengandungkan badan panas) sila pakai stokin sebab kat hospital ada aircond! Sejuk! Hihiii... pakai stokin juga untuk elakkan angin masuk kedalam badan. Kalau masuk angin nanti kaki dan anggota badan akan lenguh lesu. Macam mana nak jaga baby kalau ibunya badan tak sihat kan? 

Disposable panties tu sebenarnya balance masa bersalinkan zara. So, tak payah beli lagi. Habiskan je baki yang ada. Stokin tu pun sama, elok lagi boleh pakai, Hehehehhh... ^_^


OK, yang ni pulak Air Zam-Zam, minyak selusuh dan dalam bekas tu buah kurma. Yang ni untuk ija minum masa nak tunggu contraction dan juga lepas bersalin. macam biasalah buah kurma sangat bagus khasiatnya untuk ibu mengandung dan lepas bersalin. Jom rujuk Surah maryam Ayat 23-26 mesti ada banyak hikmahnya untuk ibu yang nak bersalinkan...

jangan lupa juga toiletries utk kita guna dekat ward nanti. dua bekas comey tu facial wash dan bodywash. ija beli bekas dia dekat DIY harga RM1.90. Isi je facial wash dgn body wash yg memang ada kat bilik mandi tu. Nanti balik kg pun boleh guna bekas ni utk isi sabun kita kan. Suka sangat dengan bekas kecik ni, tah kenapa tahh!






Secara ringkasnya ini saja la barang-barang keperluan ibu dihospital nanti. Baju tak bawak pun, esoknya nk discharge baru suruh hubby bawakkan. Ni pun dah penuh bag, baju baby lagi. pampers je dah berkeping-keping.


 Yang ini pulak keperluan berpantang. Memang beli loose. Sebab dah tahu dah kalau set, kompem tak habis pakai. Hehehhh... Macam rajin sangat nak pakai semua benda tu. Ngeee... :-)



Akhir kata, sempoi ajee... tak kira lah harganya murah ke mahal ke, asalkan berkesan untuk si pemakai nya tu yang penting. kalau ada masa nanti Ija review satu-satu barangan berpantang ni ye. Tapi tak janji la... nanti anak dah 3, kompem semakin tak cukup tangan.. huhuhhuuuu.

Untuk first mommies maybe boleh buat rujukan sikit. Sekadar berkongsi apa yang telah dilalui.

Jumpa lagi ...

Bye!!







Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja yang sopan dan cantik untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like FB Page saya : MIAZACollections
Jemput follow instagram saya : bajumuslimah_murah

Friday 9 October 2015

Supplement Semasa Mengandung

Assalamualaikum...

Pregnant dan supplement memang tak dapat dipisahkan.... Bila bercakap pasal kehamilan, semua orang nak yang terbaik untuk anak kan. Banyak aspek pemakanan yang perlu dijaga sejak dari awal kehamilan hingga lah hampir waktu bersalin. Untuk pregnant kali ketiga ni Ija lebih menjaga corak pemakanan sebab dah taknak perkara yang sama berulang lagi masa pregnant no 2 yang lalu.



Sebab apa tau.... Mengikut pengalaman sendiri dan pengalaman kengkawan yang mengandung masa kini, bila kami main makan ikut selera anak tekak jeee.... Konon-konon makan untuk dua oranglah, baby nak makan lah... Mengidamlah... Jangan terpedaya ok! Sebab apa... bahan makanan pada masa kini, bukan nya original macam zaman mak-mak kita dulu. Bahan kandungan dalam makanan kita sekarang ni kebanyakkan makanan yang diproses dan banyak bahan kimia. Bila pertama kali nak checkup atau buka buku di KK, kompem diebeties tu memang ada! Bila dah kena diebeties masa pregnant, haa masa tu korang asyik nak kena mengulang ke klinik je la keje nye. Test gula la, cek BSP, jumpa dietition. adoiii.... sampai nurse pun dah kenal muka korang...  

So, pregnant untuk kali ketiga ni, saya taknak perkara tersebut berulang lagi!!! Uhuk uhuk uhuk.... Jadi apa yang saya makan dan makanan tambahan apa yang saya ambik??

Psst... Sila abaikan makanan yg ditepi dinding tuu... ^_^




Ok, ini la makanan tambahan yang saya amalkan semasa mengandung anak ketiga. 

Beli di Page D'Aura Minyak Kelapa Dara As-Syifa'. RM49.90 sebotol. Beli 4 botol dapat RM198 free pos.
Niat utama makan D'Aura VCO ni adalah untuk memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko anak jaundice selepas lahir. So far sepanjang amalkan VCO ni kaki ija tak bengkak walaupun dan masuk 38 minggu. Dulu masa anak 1st dgn 2nd 28 minggu dah bengkak dah kaki. Sembap jee... Tapi yg ke 3 ni alhamdulillah... kaki tak bengkak langsung.




RM17 / 10sachet
Susu kambing Hiraq.
Ntah kenapa pregnant no 3 ni tekak tak boleh masuk dengan susu masa 4bulan pregnant. En Hubby ada beli susu Anmum Materna, jenuh nak menghabiskan nya, lain betul masa pregnant no 2, tiap-tiap bulan mesti habis dan beli lagi. Akhirnya saya decide nak try susu kambing. Beli kat kedai jamu tesco je. Tawar2, dapat la harga murah sikit RM17. Sedap juga rasa dia, takde gula tambahan dan memang takde bau. kalau Hi-Goat ada bau jugak sikit2. 
Start minum ni 28minggu sampai sekarang dah 38minggu... Heheee :-)

Kat Tesco RM4.99 sebiji. Merah pekat dan manis. Pasar malam RM3 sebiji, Kurang merah dan masam2 sikit.
Masa pregnant No 2, dapat makan delima sekali je. Hehee...sebab rasa buah ni mahal betul. Sebiji RM5! Sedap dan manis.Ye la, dah bagus khasiatnya kan mesti la mahal. Tapi kali ni dah 4 kali makan dah. Beli kat pasar malam murah sikit. Tapi rasanya masam manis la. 




RM10/20 softgel.




RM30 / 60softgel.

Nak tahu tak, salah satu khasiat makan minyak zaitun masa pregnant adalah kulit anak jadi putih melepakk walaupun maknya hitam legam! Serius, masa pregnant no2, memang hari2 makan ni, kulit anak memang putih sangat kalah bapak dia. Mak dia tak payah cakap la, memang macam tahi cicak dah kalau tengok cermin sama-sama dengan anak. ^-^
Mudah-mudahan no 3 ni pun macam tu jugak! InsyaAllah.... 
Kebaikan minyak zaitun ni juga boleh melawaskan pembuangan harian kita. macam Ija makan ni lepas makan malam, esok pagi kompem membuang dengan lancar.

Air Kelapa tak lupa juga dari senarai pemakanan masa mengandung ni. Ija start minum masa 7 bulan. Tapi jarang-jarang. Seminggu sekali macam tu la sebab susah nak dapat. Kat area rumah mula-mula beli kat flat sebelah, murah je RM3.50 tanpa gula dan ais. Pastu sebulan lepas tu dah habis. Lepas dua tiga kali dtg lagi pun dah habis, dah tak bukak dah. Jumpa lagi satu tempat jual air kelapa tapi jauh sikit dari rumah, RM4.50 tanpa gula dan ais. Boleh la daripada tak ada. Masuk 8 bulan, 2 kali seminggu Ija minum. Ni dah masuk 38minggu rasa nak minum selang sehari lahh... hahaa... Yg paling femes khasiatnye adalah kulit anak bersih dan cantik masa lahir. Boleh elakkan anak kena jaundice lepas lahir, InsyaAllah, mudah mudahan berkesan. 

OK, Ija nak share waktu bila Ija makan semua ni?? 

1) D'Aura VCO - lepas sarapan 2 biji 
2) Petang sebelum balik keje - 2 biji
3) Minyak Zaitun - Lepas makan malam 2 biji
4) Sebelum tidur - Minum susu kambing Hiraq.  
5) Buah delima atau jus delima bila-bila masa... 
6) Air Kelapa tanpa gula dan ais - seminggu sekali.

Setiap kali nak makan semua ni Ija akan doa dalam hati, Ya Allah berilah kebaikan pada ku dari makanan ini, dan mintak lah apa yang kita hajatkan. Mudah-mudahan memberi kesan yang baik pada anak didalam kandungan kita. InsyaAllah...


Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like FB Page saya : MIAZACollections
Jemput follow instagram saya : bajumuslimah_murah

Wednesday 7 October 2015

36 Minggu, Motor dan Kerja...

Bismillahirrahmanirrahim....



Dah 36minggu usia kandungan ni. Masih lagi naik motor pergi kerja... hahaa... Orang yang menengok pun seram. Aku pun seram... En suami dah 3,4 kali kata nak tolong hantar dan jemput pergi balik kerja. Sayang oii... waktu kerja kita tak sama, awak masuk awal, saya masuk lambat sejam dari awak, balik keje saya ontime, awak hari-hari kena OT. Itu yang saya menolak tuu... Takpe... jangan risau, saya masih gagah lagi nak menunggang skuter kesayangan saya tuuu... Hehehhh....





Tapi memang ketara perbezaan nya.... dah masuk sarat ni, bawak motor pun 60km/jam je.... nak speed 80-100 pun macam tak pergi jee... hahahaa.... Kalau masa mengandungkan Zara dulu, masuk 7 bulan dah drive kete pegi keje. Mengandung no 3 ni hati ni suka betul naik motor. Nak bawak kete dengan meredah jem pagi-pagi tu... MasyaAllah... Eeii, malassnyaaa....!!



Memang masa ni nak bawak badan pun macam tak larat. Ada juga staff yang menegur... kau ni macam dah tak larat nak jalan dah aku tengok. Ye lee... dah kadang-kadang tulang pelvik kita rasa perit, masa tu memang jalan pun kena slow motion le. Sakit tuuu.... Kadang tu rasa nak cuti awal... tapi nanti kena Unpaid, uhuk-uhuk... mana cukup nak bayor komitmen ujung bulan ni Mak Jemah oii... ^_^



Sabor je lah.... Mudah-mudahan perjalanan sentiasa dalam perlindungan Allah. Selagi baby belum nak kuar dari perut ibu ni... Mudah-mudahan Ibu masih kuat untuk lakukan urusan harian. Tiba masanya... berehatlah ibu, dan masa tu baby jadilah anak yang mudah dijaga, mudah diuruskan, tiada ragam tangismu, dan jadilah anak yang menyejukkan hati Ibu dan Ayah. Amin.... Allahumma Aminn...