Friday, 9 October 2015

Supplement Semasa Mengandung

Assalamualaikum...

Pregnant dan supplement memang tak dapat dipisahkan.... Bila bercakap pasal kehamilan, semua orang nak yang terbaik untuk anak kan. Banyak aspek pemakanan yang perlu dijaga sejak dari awal kehamilan hingga lah hampir waktu bersalin. Untuk pregnant kali ketiga ni Ija lebih menjaga corak pemakanan sebab dah taknak perkara yang sama berulang lagi masa pregnant no 2 yang lalu.



Sebab apa tau.... Mengikut pengalaman sendiri dan pengalaman kengkawan yang mengandung masa kini, bila kami main makan ikut selera anak tekak jeee.... Konon-konon makan untuk dua oranglah, baby nak makan lah... Mengidamlah... Jangan terpedaya ok! Sebab apa... bahan makanan pada masa kini, bukan nya original macam zaman mak-mak kita dulu. Bahan kandungan dalam makanan kita sekarang ni kebanyakkan makanan yang diproses dan banyak bahan kimia. Bila pertama kali nak checkup atau buka buku di KK, kompem diebeties tu memang ada! Bila dah kena diebeties masa pregnant, haa masa tu korang asyik nak kena mengulang ke klinik je la keje nye. Test gula la, cek BSP, jumpa dietition. adoiii.... sampai nurse pun dah kenal muka korang...  

So, pregnant untuk kali ketiga ni, saya taknak perkara tersebut berulang lagi!!! Uhuk uhuk uhuk.... Jadi apa yang saya makan dan makanan tambahan apa yang saya ambik??

Psst... Sila abaikan makanan yg ditepi dinding tuu... ^_^




Ok, ini la makanan tambahan yang saya amalkan semasa mengandung anak ketiga. 

Beli di Page D'Aura Minyak Kelapa Dara As-Syifa'. RM49.90 sebotol. Beli 4 botol dapat RM198 free pos.
Niat utama makan D'Aura VCO ni adalah untuk memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko anak jaundice selepas lahir. So far sepanjang amalkan VCO ni kaki ija tak bengkak walaupun dan masuk 38 minggu. Dulu masa anak 1st dgn 2nd 28 minggu dah bengkak dah kaki. Sembap jee... Tapi yg ke 3 ni alhamdulillah... kaki tak bengkak langsung.




RM17 / 10sachet
Susu kambing Hiraq.
Ntah kenapa pregnant no 3 ni tekak tak boleh masuk dengan susu masa 4bulan pregnant. En Hubby ada beli susu Anmum Materna, jenuh nak menghabiskan nya, lain betul masa pregnant no 2, tiap-tiap bulan mesti habis dan beli lagi. Akhirnya saya decide nak try susu kambing. Beli kat kedai jamu tesco je. Tawar2, dapat la harga murah sikit RM17. Sedap juga rasa dia, takde gula tambahan dan memang takde bau. kalau Hi-Goat ada bau jugak sikit2. 
Start minum ni 28minggu sampai sekarang dah 38minggu... Heheee :-)

Kat Tesco RM4.99 sebiji. Merah pekat dan manis. Pasar malam RM3 sebiji, Kurang merah dan masam2 sikit.
Masa pregnant No 2, dapat makan delima sekali je. Hehee...sebab rasa buah ni mahal betul. Sebiji RM5! Sedap dan manis.Ye la, dah bagus khasiatnya kan mesti la mahal. Tapi kali ni dah 4 kali makan dah. Beli kat pasar malam murah sikit. Tapi rasanya masam manis la. 




RM10/20 softgel.




RM30 / 60softgel.

Nak tahu tak, salah satu khasiat makan minyak zaitun masa pregnant adalah kulit anak jadi putih melepakk walaupun maknya hitam legam! Serius, masa pregnant no2, memang hari2 makan ni, kulit anak memang putih sangat kalah bapak dia. Mak dia tak payah cakap la, memang macam tahi cicak dah kalau tengok cermin sama-sama dengan anak. ^-^
Mudah-mudahan no 3 ni pun macam tu jugak! InsyaAllah.... 
Kebaikan minyak zaitun ni juga boleh melawaskan pembuangan harian kita. macam Ija makan ni lepas makan malam, esok pagi kompem membuang dengan lancar.

Air Kelapa tak lupa juga dari senarai pemakanan masa mengandung ni. Ija start minum masa 7 bulan. Tapi jarang-jarang. Seminggu sekali macam tu la sebab susah nak dapat. Kat area rumah mula-mula beli kat flat sebelah, murah je RM3.50 tanpa gula dan ais. Pastu sebulan lepas tu dah habis. Lepas dua tiga kali dtg lagi pun dah habis, dah tak bukak dah. Jumpa lagi satu tempat jual air kelapa tapi jauh sikit dari rumah, RM4.50 tanpa gula dan ais. Boleh la daripada tak ada. Masuk 8 bulan, 2 kali seminggu Ija minum. Ni dah masuk 38minggu rasa nak minum selang sehari lahh... hahaa... Yg paling femes khasiatnye adalah kulit anak bersih dan cantik masa lahir. Boleh elakkan anak kena jaundice lepas lahir, InsyaAllah, mudah mudahan berkesan. 

OK, Ija nak share waktu bila Ija makan semua ni?? 

1) D'Aura VCO - lepas sarapan 2 biji 
2) Petang sebelum balik keje - 2 biji
3) Minyak Zaitun - Lepas makan malam 2 biji
4) Sebelum tidur - Minum susu kambing Hiraq.  
5) Buah delima atau jus delima bila-bila masa... 
6) Air Kelapa tanpa gula dan ais - seminggu sekali.

Setiap kali nak makan semua ni Ija akan doa dalam hati, Ya Allah berilah kebaikan pada ku dari makanan ini, dan mintak lah apa yang kita hajatkan. Mudah-mudahan memberi kesan yang baik pada anak didalam kandungan kita. InsyaAllah...


Psst....! Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend? 

Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi

P/S : Jemput like FB Page saya : MIAZACollections
Jemput follow instagram saya : bajumuslimah_murah

1 comment:

  1. Salam sis,
    Makan semua ini masa kandungan bapa bulan?

    ReplyDelete