Assalamualaikum....
Memandangkan due date dah nak dekat checklist barangan ke hospital dan keperluan semasa berpantang dah pun ready in stok.
Walaupun ini kelahiran yang ketiga tapi perlu juga buat checklist sebab takut ada yang tertinggal. Nanti bila dah bersalin dah ada baby kat rumah, jangan harap nak pergi membeli belah lagi dah. Nak harap suami belikan memangla dia boleh. Tapi kita yang nak mengguna pakai barangan tu baik kita yang tengok,belek-belek dan beli sendiri. Kalau tidak nanti, tak puas hati dan menangisla kau dibucu katil sambil nyusu anak... Huhuhuuu....
Barangan yang paling penting sekali lepas bersalin adalah PAD. Sebab, sejurus lepas bersalin, kita memang akan keluar darah nifas. Darah nifas ni banyak jumlahnya daripada haid yang biasa kita alami setiap bulan tu. Boleh jadi basah lencun dibuatnya.Tak selesa betul kalau pad tu tak tebal untuk menampung.
![]() |
Gunalah yang overnight heavy flow supaya tak berlaku kebocoran dan ketidakselesaan semasa dihospital sejurus selepas bersalin. (Ewah,mcm iklan pulak!) |
OK, 3 benda ni memang keperluan utama ye, stokin memang kena pakai sebab bila dah bersalin badan kita akan beralih suhu dengan cepat. Jadi untuk elakkan badan mengalami kejutan perubahan suhu yang mendadak, (mengandungkan badan panas) sila pakai stokin sebab kat hospital ada aircond! Sejuk! Hihiii... pakai stokin juga untuk elakkan angin masuk kedalam badan. Kalau masuk angin nanti kaki dan anggota badan akan lenguh lesu. Macam mana nak jaga baby kalau ibunya badan tak sihat kan?
Disposable panties tu sebenarnya balance masa bersalinkan zara. So, tak payah beli lagi. Habiskan je baki yang ada. Stokin tu pun sama, elok lagi boleh pakai, Hehehehhh... ^_^
OK, yang ni pulak Air Zam-Zam, minyak selusuh dan dalam bekas tu buah kurma. Yang ni untuk ija minum masa nak tunggu contraction dan juga lepas bersalin. macam biasalah buah kurma sangat bagus khasiatnya untuk ibu mengandung dan lepas bersalin. Jom rujuk Surah maryam Ayat 23-26 mesti ada banyak hikmahnya untuk ibu yang nak bersalinkan...
Secara ringkasnya ini saja la barang-barang keperluan ibu dihospital nanti. Baju tak bawak pun, esoknya nk discharge baru suruh hubby bawakkan. Ni pun dah penuh bag, baju baby lagi. pampers je dah berkeping-keping.
Yang ini pulak keperluan berpantang. Memang beli loose. Sebab dah tahu dah kalau set, kompem tak habis pakai. Hehehhh... Macam rajin sangat nak pakai semua benda tu. Ngeee... :-)
Akhir kata, sempoi ajee... tak kira lah harganya murah ke mahal ke, asalkan berkesan untuk si pemakai nya tu yang penting. kalau ada masa nanti Ija review satu-satu barangan berpantang ni ye. Tapi tak janji la... nanti anak dah 3, kompem semakin tak cukup tangan.. huhuhhuuuu.
Untuk first mommies maybe boleh buat rujukan sikit. Sekadar berkongsi apa yang telah dilalui.
Jumpa lagi ...
Bye!!
Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi
Jumpa lagi ...
Bye!!
Psst....!
Cari blouse muslimah? Nak cari blouse atau kemeja yang sopan dan cantik
untuk pergi opis? pergi kelas? Baju santai-santai weekend?
Meh skodeng page dengan instagram ni. Ada banyak design gojes tau!
harga pun berbaloi-baloi
P/S : Jemput like FB Page saya : MIAZACollections
Jemput follow instagram saya : bajumuslimah_murah