Friday, 1 May 2015

Ambil Suntikan Perancang Tapi Mengandung Juga? Part 2

Bismillahhirrahmanirrahim...


Memang sah Ija mengandung lagi. Bak kata pepatah, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.
Dalam merancang untuk tidak mengandung dalam masa yang terdekat tapi akhirnya dia melekat juga dengan kuasa Nya... Ya Allah... aku mohon ampun... Sesungguhnya Engkaulah yang mencipta sesuatu. Jadikan aku redha dengan kejadian ini. Berilah aku kekuatan untuk menempuh ujian ini.... 





Ini semua ujian Ija... muhasabah lah diri balik... Selama ni pun kau banyak leka dengan dunia. Dalam celaru menerima kenyataan takdir tapi ada banyak juga kebaikan yang berlaku sepanjang tempoh mengetahui bahawa diri ini hamil lagi. Baru-baru ini syarikat ditempat kerja mengaut keuntungan yang agak maksimum. jadi semua pekerja dapat 2.5 bonus setiap seorang ditambah dengan RM900 lagi insentif. MasyaAllah... rezeki anak no 3 agaknye ni... Ini pertama kali berlaku dalam syarikat. Sebelum ni paling banyak pun 1.5 je boleh bagi. Rezeki tu Allah yang bagi...


Kerana kehamilah ini jugalah... kami sekeluarga berpeluang bercuti ke Langkawi yang memang 
diimpi-impikan selama ni... Naik kapal terbang pulak tuu... Subhanallah... Siapa sangka... Plan memang nak pergi tapi masih lagi mengumpul dana untuk bercuti pada hujung tahun nanti. Tup tup... awal tahun kami dah terbang pergi... Heheee... Syukur pada Mu Ya Allah... 



Dan baru-baru ini.... tergerak hati untuk buat kira-kira semula dengan income dan juga hutang yang masih ada. Rupa-rupanya hampir kesemua komitmen akan langsai pada hujung tahun ini... Tepat dengan masa kelahiran ini nanti hujung tahun dan habis pantang, Bulan Januari masuk kerja semula, komitmen bulanan dah settle tinggal insurans je yang perlu dibayar setiap bulan. Allah hurabbi... Allah sebaik-baik perancang...
Terima kasih Ya Allah.... Engkaulah yang Mencipta sesuatu dan Engkaulah yang memberi rezeki. 

La Tahzan....

No comments:

Post a Comment